Monday 18 February 2013

TAWARAN MENGHADIRI SEMINAR KEIBUBAPAAN MUAFAKAT MARA 2013


Please click on the picture to enlarge


 Kepada semua AJK Muafakat KMB,

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa AJK Muafakat KMB dijemput untuk menghantar tiga orang wakil ke seminar tersebut diatas. Saya akan hadir, insyaAllah.

Seminar ini bertujuan "menambahkan ilmu dan kemahiran keibubapaan dalam menangani isu-isu pelajar generasi terkini dan juga sebagai wadah perkongsian maklumat cabaran pembinaan sahsiah pelajar masa kini."

Maklumat program adalah seperti berikut:
                   Tarikh          : 24 hingga 25 Februari 2013
                   Tempat         : De Rhu Beach Resort
                                          152 Mukim Sungai Karang
                                          26100 Kuantan, Pahang.
                    Penganjur    : Muafakat Pusat dan MARA

Please click on the picture to enlarge

Sukacita jika  dua orang lagi dikalangan AJK dapat meluangkan masa  dan hadir seminar ini. Pohon maklum dalam ruang Comments dibawah atau di Ruang Komen untuk Muafakat & Pelajar.

Diatas kesanggupan puan dan puan itu didahului dengan ribuan terima kasih.

Muafakat Membawa Berkat.

Ikhlas,
YDP

No comments:

Post a Comment