OBJEKTIF & AHLI

Badan Permuafakatan Pendidikan Mara Malaysia atau nama ringkasnya MUAFAKAT peringkat pusat telah ditubuhkan pada 17 Mei 1999. Menurut Fasal 3 Perlembagaan, MUAFAKAT merupakan satu badan yang mempunyai objektif berikut:

  • Menyediakan sesuatu kegiatan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar – pelajar di Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA.

  • Membantu dan menambah usaha Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bagi memenuhi kehendak – kehendak dan keperluan – keperluan pelajar dalam kegiatan – kegiatan mereka.

  • Membolehkan ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bertukar – tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan pada amnya.

  • Memberi peluang kepada ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar Maktab Rendah sains MARA/Kolej MARA berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara membaiki taraf pendidikan pelajar – pelajar MRSM/Kolej MARA.

  • Mengukuhkan pemuafakatan ibu bapa, guru – guru dan bekas pelajar di peringkat kebangsaan serta untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak MARA.

  • Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar mewujudkan dana dan menyalurkannya bagi membantu membiayai projek-projek pendidikan MARA
Fasal 4 Perlembagaan menggariskan bahawa Keahlian badan ini terbuka kepada:   

  • Setiap ibubapa, ibubapa bekas pelajar MRSM/ Kolej MARA,
  • Guru dan bekas guru MRSM/Kolej MARA,  
  • Bekas pelajar MRSM/Kolej MARA dan 
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang lain.

No comments:

Post a Comment