TRANSFORMASI MUAFAKAT

MUAFAKAT MENTRANSFORMASI: PELAJAR MENJEJAKI UNIVERSITI YANG DIHAJATI


Transformasi MUAFAKAT KMB
 Dewan yang mulia ini menyeru seluruh rakyat 
 Malaysia supaya bersatu padu dengan semangat 
 “1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan” 
 dan mempunyai iltizam yang teguh bagi melaksanakan
 tanggungjawab yang murni untuk menjayakan
 pelan  transformasi  ke  arah  negara   berpendapatan  tinggi  
 dan maju,  berdaya  tahan  dan  berdaya  saing,  
 demi  untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Ucapan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak.
Itulah seruan YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010 yang menuntut kita, sebagai rakyat Malaysia supaya bersatu padu bagi menjayakan pelan transformasi ke arah pencapaian Wawasan 2020.Pelan transformasi  negara yang  meliputi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sedang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.
 YAB Perdana Menteri telah menerangkan bahwa proses  transformasi  negara  menuntut    transformasi jentera kerajaan yang diasaskan kepada empat nilai utama:

v  Pertama: Membudayakan Kreativiti dan Inovasi.

v  Kedua: Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan.

v  Ketiga: Nilai untuk wang atau Value for money’’ dan

v  Keempat: Nilai Integriti
Seiring dengan seruan YAB Perdana Menteri dan inisiatif kerajaan untuk melaksanakan transformasi negara melalui ETP dan GTP, maka adalah wajar bagi ibu bapa, guru dengan sokongan padu  pelajar  melaksanakan Transformasi MUAFAKAT KMB.
Transformasi MUAFAKAT KMB bermatlamatkan:

v  Pertama: Kehidupan pelajar-pelajar di KMB sihat, sejahtera, selesa dan ceria.

v  Kedua: Memperolehi kemudahan pelajaran dan pembelajaran yang baik.

v  Ketiga: Memperolehi keputusan peperiksaan akhir yang membolehkan setiap pelajar melanjutkan pelajaran keluar negara.
Perlaksanaan Transformasi MUAFAKAT KMB, adalah melalui Tadbir Urus ( Governance) yang berlandaskan prinsip Akauntabiliti, Dedikasi, Integriti dan Kreativiti (ADIK) dan
menerap budaya produktiviti, inovasi, cepat, tepat dan “value for money” sepertimana yang disarankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan Bajet  2013.
Saya menyeru kepada semua ibu bapa, AJK, guru, dan  pelajar agar menghayati seruan YAB Perdana Menteri dan seterusnya membantu mentransformasi MUAFAKAT KMB demi kecemerlangan pelajar sekelian. 
Yang Ikhlas,
Dato' Seri Hj Abd Rahman Bin Hj Ali.

No comments:

Post a Comment