Wednesday 27 February 2013

SEMINAR MUAFAKAT MARA 2013 MERIAH

Pengerusi MARA merasmikan Penutupan Seminar


Seramai kira-kira 200 orang yang terdiri daripada Pengetua MRSM/KM/KPM, YDP dan  AJK Muafakat Pusat dan Cawangan telah memeriah dan menjayakan Seminar Keibubapaan MUAFAKAT MARA 2013 yang telah di adakan pada 24-25 Februari 2013 di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Muafakat KMB diwakili oleh  YDP dan Ybhg Datuk Norayini Binti Ali, Ahli Muafakat KMB.

Seminar dimulakan dengan Perasmian Pembukaan oleh YBhg. Datuk Ibrahim Bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA di sebelah petang. YDP tidak berkesempatan untuk mengikuti ucapan Ketua Pengarah kerana perlu menjadi ahli Panel Forum anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa yang sama. Intipati ucapan Ketua Pengarah akan dimuatkan dalam blog ini dalam masa yang terdekat.


Sebahagian peserta Seminar


Sessi bersama  YBerusaha Tuan Hj Hassan Bin Ali, Presiden Muafakat MARA  telah diadakan pada sebelah malam. Tuan Hj Hassan telah menyentuh beberapa perkara meliputi:
  1. Terdapat aduan yang menyatakan terdapat Pengetua tidak menghadiri mesyuarat. Terdapat juga YDP "angin Kuat".
  2. Presiden menyarankan supaya Pengetua dan YDP guna konsep muafakat dan berfikir bahawa "anak orang anak kita."
  3. Peraduan Keceriaan dan Kebersihan MRSM/KM/KPM yang meliputi 4 tempat: Bilik darjah, Asrama, Bilik makan dan Surau akan diadakan pda Mac- Mei 2013.
  4. Pertandingan Golf Amal Muafakat MARA 2013 akan diadakan pada 6 April 2013 di Kelab Golf Ayer Keroh, Melaka bertujuan menambah dana untuk menampung kegiatan Muafakat MARA. Keterangan lajut akan di paparka di icon PGA MUAFAKAT.


  Prof. Dr. Abdul Rahman membentang kertas kerja


Pada 25 Feb 2013  pula, pembentangan kertas kerja bertajuk " Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang" dilakukan oleh Prof. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamad daripada Universiti Sains Malaysi pada 8:30- 10:30 pagi. Beliau telah menyentuh:
  1. Kecemerlangan MARA  dalam menghasilkan 150,000 graduan lepasan MRSM: institusi terhebat di Malaysia. 
  2. Kehebatan MRSM mepelopori Program Ulul Albab dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).Beliau juga menerangkan Faktor Melahirkan Pelajar Cemerlang ialah Muafakat, guru, ibu bapa dan MRSM/KM dan seterusnya menerangkan peranan faktor-faktor berkenaan. 
  3. Quotation Prof. Dr. Abdul Rahman yang boleh dijadikan bahan renungan ialah:" Kita tidak kaya selagi orang tidak merasa kekeyaan kita. Kita tidak senang selagi orang tidak   rasa kesenangan kita.' Renungilah kebenarannya!

 Majlis Perasmian Penutup di sampurnakan oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA kira-kira jam 11:30 pagi. Antara kandungan ucapanYB Dato' Seri :
  1. Terdapat MRSM yang berminat untuk "drop subject" Biology dan menggantikannya dengan Perakaunan. Beliau menyaran supaya pihak berkenaan tidak akan berbuat demikian kerana perakaunan boleh diambil berasingan.
  2. MRSM Kepala Batas, Gemenceh dan Besut merupakan MRSM Ulul Albab bagi melahirkan generasi yang seimbang pada aspek duniawi dan akhirat.
  3. Pedagogi Al Rahman dan Al Rahim yang berpegang kepada amalan  kasih sayang dalam pendidikan.
Penyerahan Tabung Warisan MARA


Sebelum merasmikan penutupan Seminar, YB Dato' Seri telah melancarkan  Tabung Warisan MARA yang merupakan Tabung Pendidikan untuk keperluan pendidikan anak-anak Melayu generasi hadapan.  Ianya berkonsepkan Waqaf (endownment) dan Infaq (sedekah). Faedah yang diterima ialah ganjaran dan pahala yang berlipat ganda disisi Allah. Kutipan kilat daripada para peserta Seminar dan daripada YB Dato' Seri berjumlah RM 3,500.

Semoga semua rakyat Malaysia  menyumbang secara ikhlas kepada Tabung Warisan MARA.







No comments:

Post a Comment