Saturday 9 February 2013

PERLEMBAGAAN ASAS TADBIR URUS MUAFAKAT

Perlembagaan Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT), yang selepas ini dipanggil Perlembagaan, merupakan asas tadbir urus MUAFAKAT di peringkat Pusat dan Cawangan. Ianya bukan sahaja sebagai sumber kuasa  tetapi juga menjadi bahan rujukan kepada AJK dalam mentadbir urus MUAFAKAT. Oleh itu Perlembagaan perlu hayati dan dipatuhi oleh setiap AJK dan ahli bagi mempastikan MUAFAKAT ditadbir urus dengan cekap dan berkesan menepati objektifnya.

Menurut Fasal 3 Perlembagaan, MUAFAKAT merupakan satu badan yang mempunyai objektif berikut:
  • Menyediakan sesuatu kegiatan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar – pelajar di Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA.
  • Membantu dan menambah usaha Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bagi memenuhi kehendak – kehendak dan keperluan – keperluan pelajar dalam kegiatan – kegiatan mereka.
  • Membolehkan ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bertukar – tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan pada amnya.
  • Memberi peluang kepada ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar Maktab Rendah sains MARA/Kolej MARA berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara membaiki taraf pendidikan pelajar – pelajar MRSM/Kolej MARA.
  • Mengukuhkan pemuafakatan ibu bapa, guru – guru dan bekas pelajar di peringkat kebangsaan serta untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak MARA.
  • Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar mewujudkan dana dan menyalurkannya bagi membantu membiayai projek-projek pendidikan MARA
Fasal 4 Perlembagaan menggariskan bahawa Keahlian badan ini terbuka kepada:   
  • Setiap ibubapa, ibubapa bekas pelajar MRSM/ Kolej MARA,
  • Guru dan bekas guru MRSM/Kolej MARA,  
  • Bekas pelajar MRSM/Kolej MARA dan 
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang lain. 
Di sini saya menyarankan agar bekas pelajar KMB dapat beramai-ramai menjadi ahli MuafakatKMB supaya badan ini akan bertambah kukuh dalam usaha mencapai enam objekif tersebut diatas. Hal keahlian akan dijadikan salah satu ajenda dalam mesyuarat AJK MUAFAKAT yang pertama bagi sesi 2013-2015, insyaAllah.

Terdapat 25 Fasal kesemuanya dalam Perlembagaan MUAFAKAT iaitu daripada Fasal1:Nama hingga ke Fasal 25:Penaung/Penasihat-Penasihat.  Kesemua Fasal ini menjadi panduan kepada kelancaran tadbir urus MUAFAKAT.

Sukacita dimaklumkan bahawa setiap AJK MUAFAKAT akan dibekalkan dengan satu salinan Perlembagaan  sebagai bahan rujukan yang utama. Jika ada di antara ahli yang ingin memiliki Perlembagaan ini, pohon maklum dalam ruang comments atau Jom Simbang & Beri Pandangan.

Sekian buat kali ini.

Muafakat Membawa Berkat.

1 comment:

  1. Bagaimana saya ingin dapatkan salinan perlembagaan muafakat ini?

    ReplyDelete