Friday 8 February 2013

SELAMAT DATANG KE BLOG BADAN MUAFAKAT KMB


 COLLEGE OF FUTURE LEADERS


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya, bagi pihak AJK Badan MUAFAKAT sesi 2013-2015 ingin mengalu-alukan Dato-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan ke blog MUAFAKAT KMB, mungkin yang sulung ini. Blog ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silatulrahim dikalangan ahli-ahli yang terdiri daripada ibu bapa, guru dan bekas pelajar KMB.Ianya juga akan merupakan suatu forum dimana ahli-ahli boleh menzahirkan pendapat, komen dan pandangan demi kecemerlangan pelajar yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

 Kami, AJK sesi 2013-2015 merakamkan terima kasih kepada ahli-ahli yang memberi kepercayaan kepada kami dalam menerajui Muafakat sehingga 2015. Tanggungjawab  yang diamanahkan itu amatlah berat. Namun, kami berjanji akan melakukan yang terbaik. Dengan sokongan YBhg. Puan Pengetua, Timbalan-Timbalan Pengetua, guru-guru.mantan AJK, ahli-ahli dan bekas pelajar, usaha yang kita laksanakan akan menemui kejayaan, insyaAllah.

Kami mengambil kesempatan disini untuk menyampaikan sekalong penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua mantan AJK dan orang perseorangan yang telah mengembling segala tenaga dan mata benda sejak tertubuhnya kolej ini demi kemajuan pelajar tercinta. Semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa bakti Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang sungguh murni itu.

Untuk makluman semua, Mesyuarat AJK yang pertama akan diadakan pada 10 Mac 2013 jam 3:00ptg di bilik Mesyurat KBM. Semua AJK dijemput hadir. Salah satu ajenda yang akan dibincangkan ialah strategi untuk mempastikan semua pelajar berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara (100% fly). Kini hanya 90% sahaja berjaya! Sedangkan mereka merupakan pelajar cemerlang.

 Di sini saya ingin dapatkan cadangan dan pandangan daripada ahli-ahli untuk mencapai misi tersebut diatas. Pandangan tuan-tuan dan puan-puan akan dibwa ke mesyuarat AJK untuk dibincangkan bersama-sama ajenda lain.

Sekian, buat coretan sulong ini. Coretan seterusnya akan menyusul. Semoga tuan-tuan dan puan-puan akan mengunakan/ click huruf comments dibawah ini atau di ruang Jom Sembang & Beri Pandangan untuk mencatat komen dan pandangan. Segala sumbangan anda sungguh kami hargai. Terima kasih.

Yang Ikhlas,
Dato' Seri Hj Abd Rahman Bin Hj Ali
YDP Badan MUAFAKAT KMB 
 



3 comments:

  1. assalamualaikum,
    nk capai 100% fly:
    1. solat hajat dan tahajud, 40 malam beturut-turut
    2. hafaz juz 'amma serta terjemahan
    3. puasa sunat isnin dan khamis
    4. fokus dan selalu sebut 'dapat fly " kerana Allah
    5. study hard dan siapkan tugasan, tepat pada masanya
    selain itu, prasarana:
    1. karpet surau annur tukar yang baru
    2. sediakan pewangi / aromaterapi di study room/ lecture room
    3. sediakan ruang yang sesuai dan selesa untuk pelajar perempuan buat study group
    4. water filter/treatment air mineral
    5. kerusi urut berbayar
    6. almari untuk telekung/tempat gantung telekung

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Wsalam. Terima Kasih.Pohon izin menyiarkan petua 100% fly anda dalam posting di blog dalam masa yang terdekat kerana mungkin tak ramai yang akn baca di ruang ini..Berkenaan cadangan untuk menambah/menambah baik prasarana, kami ambil maklum dan akan bincang dalam mesy AJK pada 10/3/13, insyallah.We really appreaciate your contribution.

    ReplyDelete