Wednesday, 15 May 2013

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU
DIUCAPKAN 
KEPADA SEMUA PENSYARAH/GURU
DI KOLEJ MARA BANTING
DAN
DI MANA SAHAJA KINI BERADA.
JASA BAKTI GURU 
MEMBINA ANAK BANGSA
SENTIASA DI KENANG
SEPANJANG MASA.
SESUNGGUHNYA
PENDIDIK PEMANGKIN PERPADUAN 
DAN
PEMACU PPPM 2013-2025
SELARAS DENGAN TEMA
'GURU MALAYSIA: 1 ASPIRASI, 1 AGENDA'.
SEMOGA
GEMBIRA & CERIA SENTIASA 

Nota: Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan tema Hari Guru? Klik disini

Tuesday, 14 May 2013

SELAMAT DATANG PANEL HAKIM PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KPM/KM 2013



SELURUH AJK DAN AHLI MUAFAKAT 
SERTA WARGA KOLEJ MARA BANTING
MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN
Y BHG. TUAN HAJI HASSAN BIN AHMAD
PRESIDEN MUAFAKAT MARA 
DAN PANEL HAKIM 
PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KPM/KM 2013
KE
KOLEJ MARA BANTING.
SEMOGA 
KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN
AKAN MEMBANTU KAMI 
 DALAM MENINGKATKAN KUALITI 
KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 
KOLEJ KAMI.

Friday, 10 May 2013

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN MRSM/KPM/KM 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Muafakat MARA sedang menganjurkan pertandingan tersebut diatas. Bagi MRSM pertangingan telah berlangsung pada bulan April 2013. Menakala, bagi KPM dan KM, penghakiman sedang berlangsung daripada 9 Mei hingga 15 Mei 2013. Bagi KMB pula, Panel Hakim yang terdiri daripada 4 orang akan melawat pada 15 Mei 2013 mulai 10:00 pagi.

Panel Hakim akan melawat Asrama, Bilik Kelas, Surau dan Dewan Selera termasuk dapur. Mereka akan melihat aspek-aspek seperti kekemasan, kebersihan dan keceriaan tempat-tempat tersebut diatas.
Bagi bahagian Asrama Pelajar, 1 blok pelajar lelaki dan 1blok pelajar perempuan akan dipertandingkan. Pemilihan blok ini adalah secara 'random' atas pilihan panel hakim.

Diharap semua pelajar telah dimaklumkan dan telah bersedia untuk penghakiman.

Selamat Bertanding ke Arah Kecemerlangan

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN IB




ALL THE BEST!
KEPADA SEMUA PELAJAR
 YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN IB
SEMOGA
ANDA SEMUA DI BERI PETUNJUK,
DIRAHMATI &
BERJAYA DGN. CEMERLANG,
AMIN

Monday, 8 April 2013

GOLF AMAL MUAFAKAT MARA 2013 BERJAYA


Pertandingan Golf Amal Muafakat MARA 2013 telah berjaya dianjurkan pada 6 April 2013. Ianya telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada seratus lebih peserta. Tetamu Terhormat Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka telah berkenan menyerikan majlis dengan turut sama bermain dan menyampaikan hadiah kepada Juara Keseluruhan dan Pemenang Hadiah Grand Lucky Draw.

Jamuan bersama TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka

Pertandingan telah dimulakan pada jam 2:00 petang dengan cuaca yang redup, sungguh nyaman dan selesa. Upacara penyampaian hadiah juga diselubungi  suasana ceria dengan telatah MC dan persembahan Bridged Seni Melaka yang menghiburkan.

Muafakat KMB telah diwakili oleh Ir Ismady Ismail, AJK Muafakat dan saya, YDP Muafakat. Kami berkesempatan bermain dalam satu flight bersama En Shahrom Md Shariff, AJK Muafakat MARA. Saya juga berkesempatan menyumbang 112 tube bola Titleist untuk pertandingan ini.

Penyertaan di PGA Muafakat MARA ini adalah merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan disamping dapat mengeratkan lagi silatulrahim di antara peserta dan ahli-ahli Muafakat. 

Syabas dan tahniah kepada AJK Muafakat MARA, Khususnya kepada Tuan Hj Hassan Bin Ahmad, Presiden yang telah berjaya menganjurkan PGA 2013.


Sunday, 24 March 2013

PERTANDINGAN GOLF AMAL MUAFAKAT MARA 2013

Golf Amal Muafakat 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Muafakat MARA akan menganjurkan Pertandingan Golf Amal (PGA) pada  6 April 2013 jam 1:00 tgh di Kelab Golf Ayer Keroh, Melaka. PGA diadakan adalah bertujuan:
  1. Mencari dana Untuk mengisi Tabung Muafakat MARA
  2. Mengeratkan silatulrahim di antara ibu bapa pelajar, bekas pelajar, pegawai MARA dengan  orang ramai.
  3. Sambil beriadah dan beramal.
Untuk memeriahkan lagi kejohanan ini, Pihak Penganjur menjemput semua pemain golf daripada kalangan ahli-ahli Muafakat, kakitangan MARA dan syarikat MARA, bekas pelajar dan para jemputan.

Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
  1. Ahli Individu:                                    RM 200.00
  2. Tetamu Individu:                               RM 250:00
  3. Flight Corporat:                                 RM 1,000 untuk 1 pemain.
  4. Flight VVIP:                                      Minima RM 2,000 untuk 1 pemain.
Ahli Muafakat KMB yang berminat menyertai PGA, pohon beri nama kepada saya, di ruang comments di bawah  sebelum 28 Mac 2013. Terima kasih.

Salam 1 Malaysia,
Dato' Seri Hj Abd. Rahman Bin Hj Ali

Thursday, 21 March 2013

MESYUARAT MUAFAKAT KALI 1/2013-2015


AJK Sedang Bermesyuarat. Gambar Sumbangan Ir Ismady

Mesyuarat yang Pertama bagi sesi 2013-2015 telah diadakan pada 17 Mac 2013 dengan dihadiri oleh semua AJK. Namun Puan Pengarah selaku Penasihat Muafakat tidak dapat hadir sama kerana beliau demam dijangkiti virus.

Mesyuarat berjalan dalam keadaan harmoni.  Walaupun suasana hangat disebabkan penghawa dingin kurang berfungsi, AJK telah membuat keputusan penting, di antaranya: bersetuju menggubal VISI, MISI dan menubuhkan 3 Biro bagi membantu pengendalian aktivi-aktiviti Muafakat. Bior-Biro berkenaan adalah seperti berikut:
  1. Biro Pendidikan dan Sahsiah                                                                                                      Ketua: Tn Hj Ahmad Sabudin. Ahli Biro: En Wan Yusof Abdul Hamid dan  Pn Rozana Khir
  2. Biro Kebajikan dan Penambahan Dana                                                                                      Ketua: En. Mohd Khir Hassan dan Ahli Biro: Pn Zaimarhana dan Pn Norhasni Adam
  3. Biro Penambahbaikan Infrastruktur                                                                                           Ketua: En. Mohd Nor Mimbar Badri dan Ahli Biro: Ir Ismady Ismail. 
Mesyuarat bersetuju akan mengadakan sesi motivasi untuk pelajar-pelajar tahun 2 yang akan mengambil pepereksaan akhir IB pada bulan Mei akan datang.

Minit mesyuarat akan di muatkan di Posting yang akan datang.