AJK Sedang Bermesyuarat. Gambar Sumbangan Ir Ismady
Mesyuarat yang Pertama bagi sesi 2013-2015 telah diadakan pada 17 Mac 2013 dengan dihadiri oleh semua AJK. Namun Puan Pengarah selaku Penasihat Muafakat tidak dapat hadir sama kerana beliau demam dijangkiti virus.
Mesyuarat berjalan dalam keadaan harmoni. Walaupun suasana hangat disebabkan penghawa dingin kurang berfungsi, AJK telah membuat keputusan penting, di antaranya: bersetuju menggubal VISI, MISI dan menubuhkan 3 Biro bagi membantu pengendalian aktivi-aktiviti Muafakat. Bior-Biro berkenaan adalah seperti berikut:
- Biro Pendidikan dan Sahsiah Ketua: Tn Hj Ahmad Sabudin. Ahli Biro: En Wan Yusof Abdul Hamid dan Pn Rozana Khir
- Biro Kebajikan dan Penambahan Dana Ketua: En. Mohd Khir Hassan dan Ahli Biro: Pn Zaimarhana dan Pn Norhasni Adam
- Biro Penambahbaikan Infrastruktur Ketua: En. Mohd Nor Mimbar Badri dan Ahli Biro: Ir Ismady Ismail.
Minit mesyuarat akan di muatkan di Posting yang akan datang.
No comments:
Post a Comment