Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya, bagi
pihak AJK Badan MUAFAKAT sesi 2013-2015 ingin mengalu-alukan Dato-Dato',
Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan ke blog MUAFAKAT KMB, mungkin yang
sulung ini. Blog ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi
silatulrahim dikalangan ahli-ahli yang terdiri daripada ibu bapa, guru
dan bekas pelajar KMB.Ianya juga akan merupakan suatu forum dimana
ahli-ahli boleh menzahirkan pendapat, komen dan pandangan demi
kecemerlangan pelajar yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.
Kami,
AJK sesi 2013-2015 merakamkan terima kasih kepada ahli-ahli yang
memberi kepercayaan kepada kami dalam menerajui Muafakat sehingga 2015.
Tanggungjawab yang diamanahkan itu amatlah berat. Namun, kami berjanji
akan melakukan yang terbaik. Dengan sokongan YBhg. Puan Pengetua,
Timbalan-Timbalan Pengetua, guru-guru.mantan AJK, ahli-ahli dan bekas
pelajar, usaha yang kita laksanakan akan menemui kejayaan, insyaAllah.
Kami
mengambil kesempatan disini untuk menyampaikan sekalong penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua mantan AJK dan orang perseorangan yang
telah mengembling segala tenaga dan mata benda sejak tertubuhnya kolej
ini demi kemajuan pelajar tercinta. Semoga Allah SWT sahaja yang dapat
membalas segala jasa bakti Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan
puan-puan yang sungguh murni itu.
Untuk
makluman semua, Mesyuarat AJK yang pertama akan diadakan pada 10 Mac
2013 jam 3:00ptg di bilik Mesyurat KBM. Semua AJK dijemput hadir. Salah
satu ajenda yang akan dibincangkan ialah strategi untuk mempastikan
semua pelajar berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara (100% fly).
Kini hanya 90% sahaja berjaya! Sedangkan mereka merupakan pelajar
cemerlang.
Di sini saya ingin dapatkan idea,cadangan
dan pandangan daripada ahli-ahli untuk mencapai misi tersebut diatas.
Pandangan tuan-tuan dan puan-puan akan dibwa ke mesyuarat AJK untuk
dibincangkan bersama-sama ajenda lain.
Sudilah kiranya tuan-tuan, puan-puan dan pelajar-pelajar akan mengunakan/ click huruf comments dibawah setiap rencana/posting atau di ruang komen untuk Muafakat & Pelajar untuk mencatat komen dan pandangan. Atau menulis melalui email: muafakatkmb@gmail.com. Segala sumbangan anda sungguh kami hargai. Terima kasih.
Yang Ikhlas,
Dato' Seri Hj Abd Rahman Bin Hj Ali
YDP Badan MUAFAKAT KMB
No comments:
Post a Comment