MUAFAKAT MENTRANSFORMASI: PELAJAR MENJEJAKI UNIVERSITI YANG DIHAJATI
“Dewan
yang mulia ini menyeru seluruh rakyat
Malaysia
supaya
bersatu padu
dengan semangat
“1Malaysia: Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan”
dan mempunyai iltizam yang
teguh bagi melaksanakan
tanggungjawab yang murni
untuk menjayakan
pelan transformasi
ke arah negara
berpendapatan tinggi
dan
maju, berdaya tahan
dan
berdaya
saing,
demi untuk
meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia.”
Ucapan
YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak.
Itulah
seruan YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 di
Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010 yang menuntut kita, sebagai rakyat Malaysia supaya
bersatu padu bagi menjayakan pelan transformasi ke arah pencapaian Wawasan
2020.Pelan transformasi negara yang meliputi Program Transformasi Ekonomi (ETP)
dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sedang dilaksanakan dalam Rancangan
Malaysia Ke-10 dan akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.
YAB Perdana Menteri telah menerangkan bahwa proses
transformasi negara menuntut transformasi
jentera kerajaan yang diasaskan kepada empat nilai utama:
v
Pertama: Membudayakan Kreativiti dan Inovasi.
v
Kedua: Mementingkan kepantasan bertindak dan membuat keputusan.
v
Ketiga: Nilai untuk wang atau “Value for money’’ dan
v
Keempat: Nilai Integriti
Seiring dengan seruan YAB Perdana Menteri dan inisiatif kerajaan
untuk melaksanakan transformasi negara melalui ETP dan GTP, maka adalah wajar
bagi ibu bapa, guru dengan sokongan padu pelajar melaksanakan Transformasi MUAFAKAT KMB.
Transformasi MUAFAKAT KMB bermatlamatkan:
v
Pertama: Kehidupan pelajar-pelajar
di KMB sihat, sejahtera, selesa dan ceria.
v
Kedua: Memperolehi kemudahan pelajaran
dan pembelajaran yang baik.
v
Ketiga: Memperolehi
keputusan peperiksaan akhir yang membolehkan setiap pelajar melanjutkan
pelajaran keluar negara.
Perlaksanaan Transformasi MUAFAKAT KMB, adalah melalui Tadbir Urus
( Governance) yang berlandaskan prinsip Akauntabiliti, Dedikasi, Integriti dan
Kreativiti (ADIK) dan
menerap budaya produktiviti, inovasi, cepat, tepat dan “value for
money” sepertimana yang disarankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan Bajet 2013.
Saya menyeru kepada semua ibu bapa, AJK, guru, dan pelajar agar menghayati seruan YAB Perdana
Menteri dan seterusnya membantu mentransformasi MUAFAKAT KMB demi kecemerlangan
pelajar sekelian.
Yang Ikhlas,
Dato' Seri Hj Abd Rahman Bin Hj Ali.
No comments:
Post a Comment