Showing posts with label Pertandingan Golf Amal Muafakat MARA 2013. Show all posts
Showing posts with label Pertandingan Golf Amal Muafakat MARA 2013. Show all posts

Monday, 8 April 2013

GOLF AMAL MUAFAKAT MARA 2013 BERJAYA


Pertandingan Golf Amal Muafakat MARA 2013 telah berjaya dianjurkan pada 6 April 2013. Ianya telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada seratus lebih peserta. Tetamu Terhormat Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka telah berkenan menyerikan majlis dengan turut sama bermain dan menyampaikan hadiah kepada Juara Keseluruhan dan Pemenang Hadiah Grand Lucky Draw.

Jamuan bersama TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka

Pertandingan telah dimulakan pada jam 2:00 petang dengan cuaca yang redup, sungguh nyaman dan selesa. Upacara penyampaian hadiah juga diselubungi  suasana ceria dengan telatah MC dan persembahan Bridged Seni Melaka yang menghiburkan.

Muafakat KMB telah diwakili oleh Ir Ismady Ismail, AJK Muafakat dan saya, YDP Muafakat. Kami berkesempatan bermain dalam satu flight bersama En Shahrom Md Shariff, AJK Muafakat MARA. Saya juga berkesempatan menyumbang 112 tube bola Titleist untuk pertandingan ini.

Penyertaan di PGA Muafakat MARA ini adalah merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan disamping dapat mengeratkan lagi silatulrahim di antara peserta dan ahli-ahli Muafakat. 

Syabas dan tahniah kepada AJK Muafakat MARA, Khususnya kepada Tuan Hj Hassan Bin Ahmad, Presiden yang telah berjaya menganjurkan PGA 2013.


Sunday, 24 March 2013

PERTANDINGAN GOLF AMAL MUAFAKAT MARA 2013

Golf Amal Muafakat 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Muafakat MARA akan menganjurkan Pertandingan Golf Amal (PGA) pada  6 April 2013 jam 1:00 tgh di Kelab Golf Ayer Keroh, Melaka. PGA diadakan adalah bertujuan:
  1. Mencari dana Untuk mengisi Tabung Muafakat MARA
  2. Mengeratkan silatulrahim di antara ibu bapa pelajar, bekas pelajar, pegawai MARA dengan  orang ramai.
  3. Sambil beriadah dan beramal.
Untuk memeriahkan lagi kejohanan ini, Pihak Penganjur menjemput semua pemain golf daripada kalangan ahli-ahli Muafakat, kakitangan MARA dan syarikat MARA, bekas pelajar dan para jemputan.

Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
  1. Ahli Individu:                                    RM 200.00
  2. Tetamu Individu:                               RM 250:00
  3. Flight Corporat:                                 RM 1,000 untuk 1 pemain.
  4. Flight VVIP:                                      Minima RM 2,000 untuk 1 pemain.
Ahli Muafakat KMB yang berminat menyertai PGA, pohon beri nama kepada saya, di ruang comments di bawah  sebelum 28 Mac 2013. Terima kasih.

Salam 1 Malaysia,
Dato' Seri Hj Abd. Rahman Bin Hj Ali