Monday, 8 April 2013

GOLF AMAL MUAFAKAT MARA 2013 BERJAYA


Pertandingan Golf Amal Muafakat MARA 2013 telah berjaya dianjurkan pada 6 April 2013. Ianya telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan daripada seratus lebih peserta. Tetamu Terhormat Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka telah berkenan menyerikan majlis dengan turut sama bermain dan menyampaikan hadiah kepada Juara Keseluruhan dan Pemenang Hadiah Grand Lucky Draw.

Jamuan bersama TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka

Pertandingan telah dimulakan pada jam 2:00 petang dengan cuaca yang redup, sungguh nyaman dan selesa. Upacara penyampaian hadiah juga diselubungi  suasana ceria dengan telatah MC dan persembahan Bridged Seni Melaka yang menghiburkan.

Muafakat KMB telah diwakili oleh Ir Ismady Ismail, AJK Muafakat dan saya, YDP Muafakat. Kami berkesempatan bermain dalam satu flight bersama En Shahrom Md Shariff, AJK Muafakat MARA. Saya juga berkesempatan menyumbang 112 tube bola Titleist untuk pertandingan ini.

Penyertaan di PGA Muafakat MARA ini adalah merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan disamping dapat mengeratkan lagi silatulrahim di antara peserta dan ahli-ahli Muafakat. 

Syabas dan tahniah kepada AJK Muafakat MARA, Khususnya kepada Tuan Hj Hassan Bin Ahmad, Presiden yang telah berjaya menganjurkan PGA 2013.


Sunday, 24 March 2013

PERTANDINGAN GOLF AMAL MUAFAKAT MARA 2013

Golf Amal Muafakat 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Muafakat MARA akan menganjurkan Pertandingan Golf Amal (PGA) pada  6 April 2013 jam 1:00 tgh di Kelab Golf Ayer Keroh, Melaka. PGA diadakan adalah bertujuan:
  1. Mencari dana Untuk mengisi Tabung Muafakat MARA
  2. Mengeratkan silatulrahim di antara ibu bapa pelajar, bekas pelajar, pegawai MARA dengan  orang ramai.
  3. Sambil beriadah dan beramal.
Untuk memeriahkan lagi kejohanan ini, Pihak Penganjur menjemput semua pemain golf daripada kalangan ahli-ahli Muafakat, kakitangan MARA dan syarikat MARA, bekas pelajar dan para jemputan.

Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
  1. Ahli Individu:                                    RM 200.00
  2. Tetamu Individu:                               RM 250:00
  3. Flight Corporat:                                 RM 1,000 untuk 1 pemain.
  4. Flight VVIP:                                      Minima RM 2,000 untuk 1 pemain.
Ahli Muafakat KMB yang berminat menyertai PGA, pohon beri nama kepada saya, di ruang comments di bawah  sebelum 28 Mac 2013. Terima kasih.

Salam 1 Malaysia,
Dato' Seri Hj Abd. Rahman Bin Hj Ali

Thursday, 21 March 2013

MESYUARAT MUAFAKAT KALI 1/2013-2015


AJK Sedang Bermesyuarat. Gambar Sumbangan Ir Ismady

Mesyuarat yang Pertama bagi sesi 2013-2015 telah diadakan pada 17 Mac 2013 dengan dihadiri oleh semua AJK. Namun Puan Pengarah selaku Penasihat Muafakat tidak dapat hadir sama kerana beliau demam dijangkiti virus.

Mesyuarat berjalan dalam keadaan harmoni.  Walaupun suasana hangat disebabkan penghawa dingin kurang berfungsi, AJK telah membuat keputusan penting, di antaranya: bersetuju menggubal VISI, MISI dan menubuhkan 3 Biro bagi membantu pengendalian aktivi-aktiviti Muafakat. Bior-Biro berkenaan adalah seperti berikut:
  1. Biro Pendidikan dan Sahsiah                                                                                                      Ketua: Tn Hj Ahmad Sabudin. Ahli Biro: En Wan Yusof Abdul Hamid dan  Pn Rozana Khir
  2. Biro Kebajikan dan Penambahan Dana                                                                                      Ketua: En. Mohd Khir Hassan dan Ahli Biro: Pn Zaimarhana dan Pn Norhasni Adam
  3. Biro Penambahbaikan Infrastruktur                                                                                           Ketua: En. Mohd Nor Mimbar Badri dan Ahli Biro: Ir Ismady Ismail. 
Mesyuarat bersetuju akan mengadakan sesi motivasi untuk pelajar-pelajar tahun 2 yang akan mengambil pepereksaan akhir IB pada bulan Mei akan datang.

Minit mesyuarat akan di muatkan di Posting yang akan datang.
















                                                                                                             

Saturday, 16 March 2013

SELAMAT DATANG KE MESY.MUAFAKAT KALI KE1/2013-2015


 
Pintu ke Gedung Kepimpinan

Kepada semua AJK Muafakat,

Selamat datang ke Mesyuarat Muafakat Kali pertama sesi 2013-2015. Agenda mesyuarat adalah sepertimana yang diedarkan oleh Puan Setiausaha  iaitu:
  1. Ucapan Pengerusi
  2. Ucapan/laporan Pengarah merangkap Penasihat
  3. Membincang tugas dan tanggongjawab
  4. Mengesah Minit Mesyuarat yang lalu.
  5. Membincang Perkara Berbangkit
  6. Merancang strategi mencapai 100% Fly. 
  7. Membentang Penyata Kewangan
  8. Merancang Aktiviti-aktiviti Muafakat 2013-2015
  9. Hal-hal Lain.
Untuk makluman YBhg Pengetua tidak dapat hadir ke mesyuarat kerana masih belum sihat diserang demam viral. Sama-sama kita berdoa agar beliau cepat sembuh, amin.

Selamat Mentadbir Urus Kearah Kecemerlangan

YDP Muafakat.

Tuesday, 5 March 2013

PINDAAN MESYUARAT AJK MUAFAKAT

Kepada semua AJK Muafakat,

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pertama AJK Muafakat KMB terpaksa ditunda kerana Puan Pengetua dan Tuan Dr Hatta tidak dapat hadir pada  10hb Mac 2013.  Tarikh-tarikh dan masa baru yang dicadangkan adalah  seperti berikut :

                                  Tarikh: 15hb Mac 2013 (Jumaat)/ 17hb Mac 2013.
                                   Masa:  3:00 Ptg.
                                  Tempat: Bilik Mesyuarat.

Pohon respond dengan memilih  salah satu tarikh yang dicadangkan melalui catatan dalam ruang komen.

Terima Kasih.

Yang Benar,
YDP.

Saturday, 2 March 2013

BILL GATES'S CONCEPT OF REALITY

Dearest students,

William Henry "Bill" Gates III who is the richest man in America, the second richest man in the world and one of the greatest inventors in history has offered  his concept of reality for us to ponder and gain from his wisdom.

Please show  your respect and appreciation to your teachers/lectures and parents for their invaluable contribution.

May Allah/God grants you health, happiness and success, amen.


Wednesday, 27 February 2013

SEMINAR MUAFAKAT MARA 2013 MERIAH

Pengerusi MARA merasmikan Penutupan Seminar


Seramai kira-kira 200 orang yang terdiri daripada Pengetua MRSM/KM/KPM, YDP dan  AJK Muafakat Pusat dan Cawangan telah memeriah dan menjayakan Seminar Keibubapaan MUAFAKAT MARA 2013 yang telah di adakan pada 24-25 Februari 2013 di De Rhu Beach Resort, Kuantan. Muafakat KMB diwakili oleh  YDP dan Ybhg Datuk Norayini Binti Ali, Ahli Muafakat KMB.

Seminar dimulakan dengan Perasmian Pembukaan oleh YBhg. Datuk Ibrahim Bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA di sebelah petang. YDP tidak berkesempatan untuk mengikuti ucapan Ketua Pengarah kerana perlu menjadi ahli Panel Forum anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa yang sama. Intipati ucapan Ketua Pengarah akan dimuatkan dalam blog ini dalam masa yang terdekat.


Sebahagian peserta Seminar


Sessi bersama  YBerusaha Tuan Hj Hassan Bin Ali, Presiden Muafakat MARA  telah diadakan pada sebelah malam. Tuan Hj Hassan telah menyentuh beberapa perkara meliputi:
  1. Terdapat aduan yang menyatakan terdapat Pengetua tidak menghadiri mesyuarat. Terdapat juga YDP "angin Kuat".
  2. Presiden menyarankan supaya Pengetua dan YDP guna konsep muafakat dan berfikir bahawa "anak orang anak kita."
  3. Peraduan Keceriaan dan Kebersihan MRSM/KM/KPM yang meliputi 4 tempat: Bilik darjah, Asrama, Bilik makan dan Surau akan diadakan pda Mac- Mei 2013.
  4. Pertandingan Golf Amal Muafakat MARA 2013 akan diadakan pada 6 April 2013 di Kelab Golf Ayer Keroh, Melaka bertujuan menambah dana untuk menampung kegiatan Muafakat MARA. Keterangan lajut akan di paparka di icon PGA MUAFAKAT.


  Prof. Dr. Abdul Rahman membentang kertas kerja


Pada 25 Feb 2013  pula, pembentangan kertas kerja bertajuk " Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang" dilakukan oleh Prof. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamad daripada Universiti Sains Malaysi pada 8:30- 10:30 pagi. Beliau telah menyentuh:
  1. Kecemerlangan MARA  dalam menghasilkan 150,000 graduan lepasan MRSM: institusi terhebat di Malaysia. 
  2. Kehebatan MRSM mepelopori Program Ulul Albab dan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).Beliau juga menerangkan Faktor Melahirkan Pelajar Cemerlang ialah Muafakat, guru, ibu bapa dan MRSM/KM dan seterusnya menerangkan peranan faktor-faktor berkenaan. 
  3. Quotation Prof. Dr. Abdul Rahman yang boleh dijadikan bahan renungan ialah:" Kita tidak kaya selagi orang tidak merasa kekeyaan kita. Kita tidak senang selagi orang tidak   rasa kesenangan kita.' Renungilah kebenarannya!

 Majlis Perasmian Penutup di sampurnakan oleh YB Dato' Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA kira-kira jam 11:30 pagi. Antara kandungan ucapanYB Dato' Seri :
  1. Terdapat MRSM yang berminat untuk "drop subject" Biology dan menggantikannya dengan Perakaunan. Beliau menyaran supaya pihak berkenaan tidak akan berbuat demikian kerana perakaunan boleh diambil berasingan.
  2. MRSM Kepala Batas, Gemenceh dan Besut merupakan MRSM Ulul Albab bagi melahirkan generasi yang seimbang pada aspek duniawi dan akhirat.
  3. Pedagogi Al Rahman dan Al Rahim yang berpegang kepada amalan  kasih sayang dalam pendidikan.
Penyerahan Tabung Warisan MARA


Sebelum merasmikan penutupan Seminar, YB Dato' Seri telah melancarkan  Tabung Warisan MARA yang merupakan Tabung Pendidikan untuk keperluan pendidikan anak-anak Melayu generasi hadapan.  Ianya berkonsepkan Waqaf (endownment) dan Infaq (sedekah). Faedah yang diterima ialah ganjaran dan pahala yang berlipat ganda disisi Allah. Kutipan kilat daripada para peserta Seminar dan daripada YB Dato' Seri berjumlah RM 3,500.

Semoga semua rakyat Malaysia  menyumbang secara ikhlas kepada Tabung Warisan MARA.