Menurut Fasal 3 Perlembagaan, MUAFAKAT merupakan satu badan yang mempunyai
objektif berikut:
- Menyediakan sesuatu kegiatan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar – pelajar di Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA.
- Membantu dan menambah usaha Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bagi memenuhi kehendak – kehendak dan keperluan – keperluan pelajar dalam kegiatan – kegiatan mereka.
- Membolehkan ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bertukar – tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan pada amnya.
- Memberi peluang kepada ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar Maktab Rendah sains MARA/Kolej MARA berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara membaiki taraf pendidikan pelajar – pelajar MRSM/Kolej MARA.
- Mengukuhkan pemuafakatan ibu bapa, guru – guru dan bekas pelajar di peringkat kebangsaan serta untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak MARA.
- Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar mewujudkan dana dan menyalurkannya bagi membantu membiayai projek-projek pendidikan MARA
Fasal 4 Perlembagaan menggariskan bahawa Keahlian
badan ini terbuka kepada:
- Setiap ibubapa, ibubapa bekas pelajar MRSM/ Kolej MARA,
- Guru dan bekas guru MRSM/Kolej MARA,
- Bekas pelajar MRSM/Kolej MARA dan
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang lain.
Terdapat 25 Fasal kesemuanya dalam Perlembagaan MUAFAKAT iaitu daripada Fasal1:Nama hingga ke Fasal 25:Penaung/Penasihat-Penasihat. Kesemua Fasal ini menjadi panduan kepada kelancaran tadbir urus MUAFAKAT.
Sukacita dimaklumkan bahawa setiap AJK MUAFAKAT akan dibekalkan dengan satu salinan Perlembagaan sebagai bahan rujukan yang utama. Jika ada di antara ahli yang ingin memiliki Perlembagaan ini, pohon maklum dalam ruang comments atau Jom Simbang & Beri Pandangan.
Sekian buat kali ini.
Muafakat Membawa Berkat.
Bagaimana saya ingin dapatkan salinan perlembagaan muafakat ini?
ReplyDelete