Saturday, 9 February 2013

PERLEMBAGAAN ASAS TADBIR URUS MUAFAKAT

Perlembagaan Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT), yang selepas ini dipanggil Perlembagaan, merupakan asas tadbir urus MUAFAKAT di peringkat Pusat dan Cawangan. Ianya bukan sahaja sebagai sumber kuasa  tetapi juga menjadi bahan rujukan kepada AJK dalam mentadbir urus MUAFAKAT. Oleh itu Perlembagaan perlu hayati dan dipatuhi oleh setiap AJK dan ahli bagi mempastikan MUAFAKAT ditadbir urus dengan cekap dan berkesan menepati objektifnya.

Menurut Fasal 3 Perlembagaan, MUAFAKAT merupakan satu badan yang mempunyai objektif berikut:
  • Menyediakan sesuatu kegiatan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar – pelajar di Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA.
  • Membantu dan menambah usaha Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bagi memenuhi kehendak – kehendak dan keperluan – keperluan pelajar dalam kegiatan – kegiatan mereka.
  • Membolehkan ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA/Kolej MARA bertukar – tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan pada amnya.
  • Memberi peluang kepada ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar Maktab Rendah sains MARA/Kolej MARA berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara membaiki taraf pendidikan pelajar – pelajar MRSM/Kolej MARA.
  • Mengukuhkan pemuafakatan ibu bapa, guru – guru dan bekas pelajar di peringkat kebangsaan serta untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak MARA.
  • Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ibubapa, guru – guru dan bekas pelajar mewujudkan dana dan menyalurkannya bagi membantu membiayai projek-projek pendidikan MARA
Fasal 4 Perlembagaan menggariskan bahawa Keahlian badan ini terbuka kepada:   
  • Setiap ibubapa, ibubapa bekas pelajar MRSM/ Kolej MARA,
  • Guru dan bekas guru MRSM/Kolej MARA,  
  • Bekas pelajar MRSM/Kolej MARA dan 
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang lain. 
Di sini saya menyarankan agar bekas pelajar KMB dapat beramai-ramai menjadi ahli MuafakatKMB supaya badan ini akan bertambah kukuh dalam usaha mencapai enam objekif tersebut diatas. Hal keahlian akan dijadikan salah satu ajenda dalam mesyuarat AJK MUAFAKAT yang pertama bagi sesi 2013-2015, insyaAllah.

Terdapat 25 Fasal kesemuanya dalam Perlembagaan MUAFAKAT iaitu daripada Fasal1:Nama hingga ke Fasal 25:Penaung/Penasihat-Penasihat.  Kesemua Fasal ini menjadi panduan kepada kelancaran tadbir urus MUAFAKAT.

Sukacita dimaklumkan bahawa setiap AJK MUAFAKAT akan dibekalkan dengan satu salinan Perlembagaan  sebagai bahan rujukan yang utama. Jika ada di antara ahli yang ingin memiliki Perlembagaan ini, pohon maklum dalam ruang comments atau Jom Simbang & Beri Pandangan.

Sekian buat kali ini.

Muafakat Membawa Berkat.

Friday, 8 February 2013

SELAMAT DATANG KE BLOG BADAN MUAFAKAT KMB


 COLLEGE OF FUTURE LEADERS


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya, bagi pihak AJK Badan MUAFAKAT sesi 2013-2015 ingin mengalu-alukan Dato-Dato', Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan ke blog MUAFAKAT KMB, mungkin yang sulung ini. Blog ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi silatulrahim dikalangan ahli-ahli yang terdiri daripada ibu bapa, guru dan bekas pelajar KMB.Ianya juga akan merupakan suatu forum dimana ahli-ahli boleh menzahirkan pendapat, komen dan pandangan demi kecemerlangan pelajar yang akan menjadi pemimpin masa hadapan.

 Kami, AJK sesi 2013-2015 merakamkan terima kasih kepada ahli-ahli yang memberi kepercayaan kepada kami dalam menerajui Muafakat sehingga 2015. Tanggungjawab  yang diamanahkan itu amatlah berat. Namun, kami berjanji akan melakukan yang terbaik. Dengan sokongan YBhg. Puan Pengetua, Timbalan-Timbalan Pengetua, guru-guru.mantan AJK, ahli-ahli dan bekas pelajar, usaha yang kita laksanakan akan menemui kejayaan, insyaAllah.

Kami mengambil kesempatan disini untuk menyampaikan sekalong penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua mantan AJK dan orang perseorangan yang telah mengembling segala tenaga dan mata benda sejak tertubuhnya kolej ini demi kemajuan pelajar tercinta. Semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalas segala jasa bakti Dato-Dato, Datin-Datin, tuan-tuan dan puan-puan yang sungguh murni itu.

Untuk makluman semua, Mesyuarat AJK yang pertama akan diadakan pada 10 Mac 2013 jam 3:00ptg di bilik Mesyurat KBM. Semua AJK dijemput hadir. Salah satu ajenda yang akan dibincangkan ialah strategi untuk mempastikan semua pelajar berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara (100% fly). Kini hanya 90% sahaja berjaya! Sedangkan mereka merupakan pelajar cemerlang.

 Di sini saya ingin dapatkan cadangan dan pandangan daripada ahli-ahli untuk mencapai misi tersebut diatas. Pandangan tuan-tuan dan puan-puan akan dibwa ke mesyuarat AJK untuk dibincangkan bersama-sama ajenda lain.

Sekian, buat coretan sulong ini. Coretan seterusnya akan menyusul. Semoga tuan-tuan dan puan-puan akan mengunakan/ click huruf comments dibawah ini atau di ruang Jom Sembang & Beri Pandangan untuk mencatat komen dan pandangan. Segala sumbangan anda sungguh kami hargai. Terima kasih.

Yang Ikhlas,
Dato' Seri Hj Abd Rahman Bin Hj Ali
YDP Badan MUAFAKAT KMB